Malaysia dilihat menarik semula pengumuman yang menyatakan negara ini akan menjadi yang pertama menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI) berskala besar berasaskan cip keluaran Huawei Technologies Co, sekali gus mencerminkan kedudukan sukar negara di tengah-tengah persaingan teknologi yang semakin sengit antara Amerika Syarikat dan China.
Malaysia appears to have retracted its announcement that it would become the first country to adopt a large-scale artificial intelligence (AI) system based on chips produced by Huawei Technologies Co., reflecting the country’s difficult position amid intensifying technological rivalry between the United States and China.
semula – again; pengumuman – announcement; menyatakan – declare; kecerdasan buatan – artificial intelligence; berskala besar – large-scale; skala – scale; berasaskan – based; keluaran – output/product; sekali gus – all at once; mencerminkan – reflect; kedudukan sukar negara – difficult position of the country; kedudukan – position; sukar – difficult; di tengah-tengah – in the middle; persaingan teknologi – technological competition; semakin sengit – getting more intense; antara – between;
Situasi pemakanan turut menunjukkan sedikit penambahbaikan berbanding analisis sebelum ini, namun masih berada pada tahap membimbangkan.
The nutritional situation has shown a slight improvement compared with the previous analysis, but it remains at a worrying level.
pemakanan – nutrition; turut – also; menunjukkan – show; penambahbaikan – improvement; berbanding – compared to; namun – however; tahap – level; membimbangkan – of alarming; berada pada tahap membimbangkan – is at an alarming level
Walaupun gencatan senjata telah meningkatkan penghantaran makanan dan bekalan asas, kebanyakan keluarga masih bergelut susulan pemindahan paksa, infrastruktur rosak serta akses terhad kepada perkhidmatan kesihatan, air dan sanitasi, menurut agensi-agensi PBB, menyebabkan 79 peratus isi rumah tidak mempunyai akses mencukupi kepada makanan atau air bersih.
According to UN agencies, although the ceasefire has improved the delivery of food and essential supplies, most families are still struggling due to forced displacement, damaged infrastructure, and limited access to healthcare, water, and sanitation, resulting in 79 percent of households lacking adequate access to food or clean water.
walaupun – although; gencatan senjata – ceasefire; gencatan – truce; senjata – weapon; meningkatkan – increase; penghantaran – delivery; bekalan asas – basic supplies; kebanyakan – most; bergelut – struggle; susulan – following; pemindahan paksa – forced displacement; infrastruktur rosak – damaged infrastructure; serta – and; akses terhad – limited access; kepada perkhidmatan Kesihatan – to health services; air dan sanitasi – water and sanitation; menurut agensi-agensi PBB – according to UN agencies; menyebabkan – resulting in; 79 peratus isi rumah – 79 percent of households; akses mencukupi – sufficient access; kepada makanan atau air bersih – to food or clean water
truce: an agreement between enemies or opponents to stop fighting or arguing for a certain time. “the guerrillas
called a three-day truce
” /ɡəˈrɪlə/
